MARI KITA MEMBACA
Merpati Di dalam Sangkar
Pada zaman dahulu, ada seorang bangsawan yang telah membeli seekor burung merpati yang diletakkan di dalam sebuah sangkar di dalam rumahnya.
Ada seekor burung gagak yang tinggal di dalam taman. Burung merpati sentiasa mengejeknya,
“Lihatlah betapa banyaknya saya diberi makan. Kamu pula hanya memakan sisa makanan.” Burung gagak hanya mendiamkan diri. Apabila burung merpati menetaskan anak-anak yang comel, dia akan bermegah dengan burung gagak. “Lihatlah betapa comelnya anak-anak saya. Mereka juga akan mendapat layanan yang baik seperti saya,”
Burung gagak membalas, “Benar, tetapi mereka juga akan mendapat penjara seperti kamu itu. Mungkin saya hanya mendapat sisa makanan, tetapi saya bebas.” Burung merpati berasa sedih dan tahu bahawa kata-kata burung gagak itu adalah benar. Dia tidak mengejek burung gagak itu lagi.
Moral: Lebih baik menikmati kebebasan daripada hidup di dalam kurungan.