Saturday, 17 March 2012




        
PERUMPAMAAN/
PEPATAH DAN MAKNA
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

= Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.


Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

= Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar atau hidup miskin di
negara yang kaya dan makmur.




Bagai ayam disambar helang.   

= Mati tanpa sakit.


Bagai cincin dengan permata.  

= Pasangan pengantin yang sepadan.
Bagai layang-layang putus tali.

= Tiada berpedoman @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.


Bagai menatang minyak yang penuh.

= Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
 Bagai murai dicabut ekor.

= Orang yang suka bercakap.


Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

= Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.


Berat mata memandang berat lagi bahu   memikul.

= Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
Biar putih tulang jangan putih mata.

= Lebih baik mati daripada menanggung malu.


Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.

= Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.


Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat.

= Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.

= Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.


Genggam bara api biar sampai jadi arang.

= Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.


Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama.

= Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

No comments:

Post a Comment